Want your
own Fotopage?












 
Hadzley Harith - Wedding Photographer, Jurugambar Kahwin
Hadzley Harith Photography
By: Hadzley Harith

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Apr-2008 00:22 Email | Share | | Bookmark
Untuk apa anda membayar jurugambar?

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


Care to comment?


Friday, 4-Apr-2008 01:54 Email | Share | | Bookmark
Commercial Photography by Hadzley Harith

 


Iklan komersial adalah suatu elemen penting dalam meningkatkan perniagaan. Kemajuan sesuatu perniagaan tersebut banyak bergantung kepada "Image" yang ditampilkan. Bagi mendapatkan suatu image yang baik tersebut memerlukan "pakar" untuk merakam, mengolah dan merancangnya.

Saya menawarkan perkhidmatan pengambaran komersial kepada syarikat yang berminat. Harga yang ditawarkan bermula dari RM1,500.00* ke atas untuk sehari dari jam 10 am- 7pm.

Jika anda berminat bolehlah berhubung dengan saya untuk perbicangan lanjut.
*tertakluk kepada syarat dan terma

Hadzley Harith
Owner / Founder / Principal Photographer

tu dia penangan d3....citer la sket pengalaman pertama pakai.....nak beli memang tak mimpi la..... Sun 6-Apr-2008 01:56
Posted by:jijan  - [Link]
Akum bro, salam perkenalan.
Cantiknya bro hasil gambar2 kat dalam nie. Wah... guna Nikon D3 lagi tu..
Bestnya dapat guna kamera semahal tu... Apa beza ngan yang ketara bro
antara Nikon D3 ngan D200? Dari segi fungsinya lah. (Soalan nie pernah
tanya ngan tokeh cina hari tu, tau apa jawabnya... "macam lu guna kereta wira
dengan BMW lah..." fuyoh... pedas telinga hehe...)
Sun 13-Apr-2008 05:10
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
erm...harga permulaan yg agak menarik utk cormersial shoot Tue 22-Apr-2008 11:32
Posted by:..~**~::ZaminOmar::~**~.. zaminomar@gmail.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 14:57 Email | Share | | Bookmark
Out-door Wedding Portrait by Hadzley Harith

 
 



Salam,
Berikut saya siarkan siri pengambaran luar beberapa gambar terpilih. Tumpuan untuk mendapatkan "moment" atau saat manis dari kedua-dua pengantin. Pandangan mata dari mereka serta gelak tawa yang akan menjadi suatu kenangan yang Indah dalam hidup mereka.

Pengambaran luar adalah "PERCUMA" bagi beberapa pakej dan tertakluk kepada syarat dan terma. Biasanya pengambaran luar ini dilangsungkan pada sebelah petang setelah tamat semua acara "wajib" di rumah.

Pengantin akan diarahkan / dipose seolah-olah membuat suatu clip drama.. biasanya mereka tidak akan kaku kerana mereka sudah SAH menjadi Suami dan Isteri. Saat manis ini dirakamkan dan diabadikan ke dalam album perkahwinan mereka.

Kepada bakal pelanggan yang masih was-was untuk menempah pakej pengambaran dari kami. Buatlah temu janji dengan saya untuk melihat sendiri hasil pengambaran yang telah kami lakukan. hasil dari gambar yang telah dicetak akan memberikan suatu impak yang kekal berbanding dengan melihat dari Internet. Ini kerana sukar untuk kami membayangkan Mutunya melainkan ANDA sendiri melihatnya.

Tempahlah hari ini.. Deposit tempahan tarikh hanyalah RM150.00.

Hadzley Harith
019-4651199 / 016-3276655
info@hadzleyharith.com



wah cantik nya

http://wanglebih.com?ref=mesrawang
http://rm1power.com/?id=selesa
Fri 4-Apr-2008 07:45
Posted by:pak pacak
Add comment


Wednesday, 26-Mar-2008 01:20 Email | Share | | Bookmark
New Born Baby & Kids Photography



Salam,

Sebagai tanda penghargaan kepada klien yang pernah menerima perkhidmatan dari saya. Saya menawarkan perkhidmatan pengambaran bayi/anak anda pada harga yang sangat kompetatif. Rakamlah detik-detik tumbesaran mereka agar mereka merasainya sebagaimana ibubapanya pernah merasai semasa kenduri perkahwinan lepas.

RM850.00 ini termasuk sebuah album storyboard bersaiz 10" x 8" x 14 muka. Pengambaran selama 2 - 3 jam pada hari biasa dan di Pulau Pinang & Sg. Petani. Anda sudah tahu bagaimana kualiti hasil kerja saya dan sudah pasti (jika ada budget) anda akan menempah.

Daftarlah segera sementara slot (Selasa, Rabu, Jumaat) masih kosong. Deposit RM150.00.

Hadzley Harith
019-4651199 / 016-3276655

Care to comment?


Monday, 24-Mar-2008 07:54 Email | Share | | Bookmark
Promotion from our Team hadzleyharith dot com

 

*Terms and Condition Apply

Your True Love Moment Captured.. Memories Last Forever. Book us now.


Hadzley Harith
Owner / Founder / Principal Photographer

Silmi
Senior Photographer

Riesyam
Photographer

Nae
Photographer
Our Most Valuable Assets. Our Self.. the man behidn the SLR. Not in the picture: Mr.Ms. Suhaizi (3CCD Videographer)


Hi,
We're back to business... we are offering a custom package just for May - Jun Wedding in Northern. This is not a regular package but a gift to my potential client. If you planning to have your solemnization and reception in a single day and in a same place (or near by). Then this is a good deal for you.

Too Good to be truth. Two events in one day will be treat as one day Photography. For a limited time only and first come first surve.

What will you get from this package?
1 x Professional Photographer
2 x Storyalbums (Size 12" x 8" x 22 pages & 8" x 10" x 14 pages)
Unlimited photos burned in DVD
Other Goodies*

Booking Fees as low as RM150.00 Only. Your final payment due the next day of your wedding. payment via maybank2u.com or CDM. For enquiry please do call me to ask the price. I can only accept the confirmation by phone. Promotion End on 27th April 2008. Terms & Condition Apply.

Do you interested to view our finished wedding albums & posters, please call 019-4651199 to make an appoiment.

Hadzley Harith
019-4651199 /016-3276655
info@hadzleyharith.com


Care to comment?


Saturday, 22-Mar-2008 01:06 Email | Share | | Bookmark
Photo shoot Model | Emy & Shikin

 
 
 
View all 6 photos...









Salam,
Satu siri photo shoot telah diadakan di Taman Jublee, Sg. Petani. Bertujuan bagi membiasakan diri dengan camera baru Nikon D3. Beberapa elemen perlu dimahirkan pada camera baru (suatu kemahiran yang dah biasa dilakukan pada body lama D200) iaitu wb, iso, Apature, Speed dan beberapa setting color yang lain.

Sebagai suatu latihan bagi menjamin mutu perkhidmatan yang berkekalan. Oleh itu, jangan kata photographer tidak memerlukan latihan, kami juga seperti athelet yang perlu mengekalkan tahap persembahan yang bermutu. Suatu jaminan dan janji yang perlu kami kotakan.

Hadzley Harith
019-4651199 / 016-3276655


Berkhidmat di Kawasan Utara, Lembah Kelang (dengan jemputan) dan kawasan lain (juga dengan jemputan).

arrghhh... rugi betoi tak dapat ikut ...
cantik...
D3 haaa... one step ahead.. good job..
bila la berpeluang tag along ngan bro nie...
Sun 23-Mar-2008 05:55
Posted by:fani  - [Link]
bila nak turun belah sini pulak Wed 26-Mar-2008 04:41
Posted by:ayah pipo rizal@bernas.com.my  - [Link]
wah cantik nya

http://wanglebih.com?ref=mesrawang
http://rm1power.com/?id=selesa
Fri 4-Apr-2008 07:46
Posted by:pak pacak
View all 5 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 01:35 Email | Share | | Bookmark
My New Gear: D3 for High End Client

 
 
 
View all 14 photos...

*Image Body Nikon D3 from Nikon Malaysia.com





Hi,
Announcing my New Gear Nikon D3. A brand new camera body especially for high end package. For a start, this gear will be use for client who choose my Superior pt2 package (RM3,650.00). This camera work best under low light condition (Hall, Hotel Ball Room, etc). So if you planning to have your Wedding Dinner / Wedding Reception in a Ballroom, you can consider me as your Official Photographer.

A combination with Professional lenses (Nikkor Lens) and D3 (especially the man behind the camera) makes your moment last forever.

Back up with 2 x Nikon D200 and various Pro lens make your wedding truly capture with no risk of losing your precious moment.

If you interested to view my finished album, please make your appointment or visit us in Bandar Putra Bertam, Penang.

We are still offering an affordable photography package from RM1,300.00. c/w a nice storyboard album for each event. You can choose our talented and passion photographer for your wedding.

Send in your email with these details; Wedding Photography in your subject line, Name, Location, Date, tentative Time, Event and telephone. We will respond to you shortly (unless we are busy shooting & editing photos).

Regards,


HADZLEY HARITH
Owner / Principle Photographer
info@hadzleyharith.com
019-465199 / 016-3276655


tahniah martabat kita wajib diiktiraf profesional Tue 18-Mar-2008 08:08
Posted by:eiman aiemang15@yahoo.com  - [Link]
whooaaa...!!!! Sat 22-Mar-2008 02:01
Posted by:riesyam riesyam@gmail.com  - [Link]
Tahniah bro Hazley! Thu 17-Apr-2008 09:59
Posted by:Hafizudin harummanis@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 10-Mar-2008 23:59 Email | Share | | Bookmark
Testing My New Gear..




Salam,
Al hamdulullah, kargo yang telah dipesan sekian lama, akhirnya tiba jua dengan selamatnya. Buat masa ini, proses penyesuaian diri sedang dijalankan bagi "menyesuaikan" diri ini dengan "nya". Banyak lagi yang perlu di baca dari buku manual tersebut dan pastinya banyak lagi latihan yang perli dijalankan sebelum menggunakannya di Majlis Perkahwinan sebenar.

Semoga Allah mempermudahkan jalanku untuk mengerjakan amal dan ibadat kepadaNya. Segala puji dan sembah salam kepadaNya yang telah mencurahkan rezeki ini. Amin.

Hadzley Harith

019-4651199 / 016-3276655
info@hadzleyharith.com

abang hadzley..pinjam sat D3 tukaq dgn D50..heheheeee Wed 12-Mar-2008 17:25
Posted by:rznstudio-suhaizi info@rznstudio.com  - [Link]
.. tak dpt diungkap dgn kata2... tahniah. murah rezeki demo alhamdulillah Fri 14-Mar-2008 13:04
Posted by:silmi  - [Link]
d3 pulak abam kita nih.............
cayo lah............
Sat 15-Mar-2008 03:39
Posted by:m.nazri  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 27-Feb-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
March School Holiday



Note:

This Promotion no longer available. Please wait for another (if any).
Thank you.

p/s: Promotion due: 7th March 2008
Wedding date: March School Holiday

Hadzley Harith
Principal Photographer / Owner
019-4651199 / 016-3276655
Info@hadzleyharith.com

Care to comment?


Saturday, 23-Feb-2008 10:17 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Razif & Linda, 22 Feb 08, Kota Kinabalu, Sabah

 
 
 
View all 5 photos...






Salam,
Berikut saya siarkan entry pasangan:
Nama: Razif & Linda
Lokasi: Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 22 Februari 2008
Photog: Mior (OP), Hadzley Harith (Backup/Tag Along)

Kota Kinabalu, Pasangan Razif & Linda telah selamat diiIjab-kabulkan di Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah. Majlis Akad nikah ini telah disempurnakah oleh Khadi Daerah Kota Kinabalu. Seramai 250 orang telah hadir memeriahkan majlis ini.

Jurugambar rasmi pasangan ini adalah MEOR dari Kota Kinabalu dan saya bertindak selaku Backup/Tag Along. Corak pengambaran yang di amalkan di Semenanjung sebenarnya tidak semuanya diterima di Sabah, walaupun beberapa pelanggan telah mula menempah jurugambar dari Semenanjung untuk menjalankan tugas ini. Namun MEOR (seorang jurugambar dari Kota Kinabalu) juga mengamalkan teknik yang sama sepertimana yang diguna pakai di Semenanjung dan menawarkan perkhidmatan ini di Sabah.

Jika anda bercadang untuk mengadakan Majlis Perkahwinan di Sabah dan memerlukan photographer, boleh membuat tempahan dengan MEOR ini atau SAYA ..

Album storyboard dalam pelbagai saiz juga ditawarkan.

Quote:
Note..Telepon bimbit saya tertinggal di dalam Kereta. Saya berada di JB masa ni.. Esok 26 Feb 2008 malam baru lah saya balik ke Penang.

..Semalam(26 Feb 2008), setibanya saya di Airport Bayan Lepas, batteri talipon dah kong.. cas dengan bateri kereta dan buka ada 24 miss kol dan 18 sms.. la ni dok jawab satu-persatu..ler..



Hadzley Harith
Wedding Photographer
019-4651199 / 016-3276655
info@hadzleyharith.com

Meor, saya nak minta detail dr awak..saya di kota kinabalu, saya nak buat photoshoot untuk outside. sila emel saya k Thu 15-May-2008 08:32
Posted by:inai inai_21@yahoo.com
Meor, saya nak minta detail dr awak..saya di kota kinabalu, saya nak buat photoshoot untuk outside. sila emel saya k Thu 15-May-2008 08:32
Posted by:inai inai_21@yahoo.com
hai saya di KK nak tahu lebih info ttg photographer Meor kat sabah.. nak tahu berapa bayaran ye.. do reply me k.. Wed 24-Sep-2008 06:51
Posted by:lynna ashlynna_gurlz@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.