Hadzley Harith - Wedding Photographer, Jurugambar Kahwin
Hadzley Harith Photography
By: Hadzley Harith

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 23-Apr-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
April 2008: Thank you..

 


Salam semua,
Bulan April 2008 ni merupakan antara bulan-bulan yang sangat "Sebok" buat HADZLEY HARITH PHOTOGRAPHY. Bulan ni la kami menerima tempahan yang banyak dan hampir setiap saat penuh dengan aktiviti photography dan harian.

Disulam dengan pengambaran perkahwinan dan pengambaran komersial. Menyebabkan masa kami terlalu padat. Sehingga ada email yang lambat dibalas sebab tak sempat nak buka email pon.

Dari kerja persiapan, penyediaan, peralatan pengambaran foto dan video sehinggalah keperluan harian. Wah, Alhamdulillah.. semuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Namun, ada juga beberapa perkara yang telah menyebabkan sedikit masalah kepada "perjalanan" kami. Oleh itu ia akan dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman untuk masa hadapan.

Oleh itu, walaupun kami tidak dapat "upload" gambar-gambar yang telah kami shot pada bulan ni.. InsyaAllah anda akan melihatnya di media lain pulak.

Secara keseluruhan hasil kerja pengambaran foto dan video kami berjalan dengan lancar. Hasil dan kualiti kami telah mampu membuka hati beberapa pelanggan baru untuk majlis akan datang.

Tahniah dan terima kasih kepada warga HADZLEY HARITH PHOTOGRAPHY iaitu Riesyam (Senior Photographer), Suhaizi (Manager Video Production HADZLEY HARITH), Eddymohd (Photographer jemputan) dan beberapa cameraman (Video) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

InsyaAllah next "Heavy JOB" pada bulan Ogos ni pulak.

Kepada bakal pelanggan kami, datanglah dan lihatlah sendiri hasil kerja kami. Jika anda berpuas hati dan yakin akan kemampuan kami, Tempahlah hari ni.

Hadzley Harith
Proncipal Photographer / Owner
019-4651199 / 016-3276655


Monday, 21-Apr-2008 00:22 Email | Share | | Bookmark
Untuk apa anda membayar jurugambar?

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.



Friday, 4-Apr-2008 01:54 Email | Share | | Bookmark
Commercial Photography by Hadzley Harith

 


Iklan komersial adalah suatu elemen penting dalam meningkatkan perniagaan. Kemajuan sesuatu perniagaan tersebut banyak bergantung kepada "Image" yang ditampilkan. Bagi mendapatkan suatu image yang baik tersebut memerlukan "pakar" untuk merakam, mengolah dan merancangnya.

Saya menawarkan perkhidmatan pengambaran komersial kepada syarikat yang berminat. Harga yang ditawarkan bermula dari RM1,500.00* ke atas untuk sehari dari jam 10 am- 7pm.

Jika anda berminat bolehlah berhubung dengan saya untuk perbicangan lanjut.
*tertakluk kepada syarat dan terma

Hadzley Harith
Owner / Founder / Principal Photographer


Monday, 31-Mar-2008 14:57 Email | Share | | Bookmark
Out-door Wedding Portrait by Hadzley Harith

 
 



Salam,
Berikut saya siarkan siri pengambaran luar beberapa gambar terpilih. Tumpuan untuk mendapatkan "moment" atau saat manis dari kedua-dua pengantin. Pandangan mata dari mereka serta gelak tawa yang akan menjadi suatu kenangan yang Indah dalam hidup mereka.

Pengambaran luar adalah "PERCUMA" bagi beberapa pakej dan tertakluk kepada syarat dan terma. Biasanya pengambaran luar ini dilangsungkan pada sebelah petang setelah tamat semua acara "wajib" di rumah.

Pengantin akan diarahkan / dipose seolah-olah membuat suatu clip drama.. biasanya mereka tidak akan kaku kerana mereka sudah SAH menjadi Suami dan Isteri. Saat manis ini dirakamkan dan diabadikan ke dalam album perkahwinan mereka.

Kepada bakal pelanggan yang masih was-was untuk menempah pakej pengambaran dari kami. Buatlah temu janji dengan saya untuk melihat sendiri hasil pengambaran yang telah kami lakukan. hasil dari gambar yang telah dicetak akan memberikan suatu impak yang kekal berbanding dengan melihat dari Internet. Ini kerana sukar untuk kami membayangkan Mutunya melainkan ANDA sendiri melihatnya.

Tempahlah hari ini.. Deposit tempahan tarikh hanyalah RM150.00.

Hadzley Harith
019-4651199 / 016-3276655
info@hadzleyharith.com




Wednesday, 26-Mar-2008 01:20 Email | Share | | Bookmark
New Born Baby & Kids Photography



Salam,

Sebagai tanda penghargaan kepada klien yang pernah menerima perkhidmatan dari saya. Saya menawarkan perkhidmatan pengambaran bayi/anak anda pada harga yang sangat kompetatif. Rakamlah detik-detik tumbesaran mereka agar mereka merasainya sebagaimana ibubapanya pernah merasai semasa kenduri perkahwinan lepas.

RM850.00 ini termasuk sebuah album storyboard bersaiz 10" x 8" x 14 muka. Pengambaran selama 2 - 3 jam pada hari biasa dan di Pulau Pinang & Sg. Petani. Anda sudah tahu bagaimana kualiti hasil kerja saya dan sudah pasti (jika ada budget) anda akan menempah.

Daftarlah segera sementara slot (Selasa, Rabu, Jumaat) masih kosong. Deposit RM150.00.

Hadzley Harith
019-4651199 / 016-3276655


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net