Salam,
Dalam keadaan bergelut dengan masalah broadband ni.. saya berkesempatan untuk upload gambar dari perkahwinan pasangan Tengku Wani & Shahril di Jalan Petani, Penang. Majlis persandingan sebelah perempuan telah dibuat pada 27 Disember 2008.
Pasangan ini mempunyai ramai kengkawan yang sporting dan bersama-sama "memeriahkan" majlis kenduri dan pengambaran luar "out-door" di sekitar Pulau Pinang. Best dapat ramai kawan seperti ni.
Sepanjang tahun 2008 telah banyak pengalaman dan pengajaran untuk saya. Terima kasih saya ucapkan kepada bekas pelanggan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan team saya untuk merakamkan majlis perkahwinan anda. Pengalaman dan pengajaran dari 2008 ini akan saya jadikan sempadan dan tunjuk ajar bagi menempuh tahun 2009 yang dijangka lebih mencabar ini.
Pada masa ini saya masih lagi sibok menghadap PC, editing dan mencari idea yang FRESH untuk merekacipta susunatur album perkahwinan pelanggan saya pada Nov dan Dis lepas. Kekadang jam 2 - 4 pagi ni lah idea mencurah-curah.. (Pls don't YM saya time ni..).
Kelainan perlu ada pada setiap "Photographer". Kelainan inilah yang membuatkan seseorang photographer itu dihargai. Pengalaman dan penelitian tentang hasil kerja akan membuatkan sesuatu gambar tersebut "lain" dari biasa. Elemen seperti inilah yang amat sukar buat seseorang jurugambar untuk menonjolkan dirinya. Jestru itu, saya berazam untuk mencapai atau mempelajari "elemen" ini agar saya terus bertahan di dalam industri ini. Semoga saya mendapat sokongan dan kepercayaan dari bakal pelanggan pada tahun 2009 ini.
Hargailah detik-detik dalam kehidupan, kerana kehidupan kita ini hanya singkat. Beralamlah kepadaNya, ingat kepadaNya.. Allah yang maha Esa.
salam maal hijrah n tahun baru bro...aik gambaq atas titi dekat bridge tu bawah rumah saya tu..awat tak singgah umah.kalu habaq hari tu..boleh saya tt dari atas..anyway gambaq meletop bro..cayalah