Hadzley Harith - Wedding Photographer, Jurugambar Kahwin
Hadzley Harith Photography
By: Hadzley Harith

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Jan-2009 10:53 Email | Share | Bookmark
[Late Entry] Haslinda Ilyana & Mohd Sharizal, Gurun, Kedah






Salam,
Salam tahun baru 2009 sekali lagi. Semoga tahun ini akan membawa keceriaan kepada kita semua. Berikut saya pamerkan sedikit sedutan dari pengambaran pasangan Haslinda Ilyana & Mohd Sharizal yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 13 Disember 2008 lepas. Sememangnya saya tak berkesempatan untuk update photo blog ini. sebab terlalu banyak komitment shoting, persiapan, mencari lokasi dan ditambah lagi line Beruk Band yang memankin merangkak ni.

Pengambaran perkahwinan seharusnya merakamkan suasana ceria pasangan pengantin. Saat bahagia mereka di rakamkan oleh jurugambar yang berpengalaman. Bagaimana nak menceriakan pengantin?. Wah itu ada caranya. But jika mereka dah moody..jangan try la..

Kini, ramai bakal pelanggan yang telah berkunjung ke 'teratak' saya untuk menempah dan melihat sendiri hasil kerja saya. Mereka mencari kelainan pada gambar yang telah dihasilkan. Bukan pada harga. Jika anda mencari harga yang murah.. alamak.. bukan tempat saya.. harga yang ditawarkan berbaloi dengan pakej yang ditempah. Mahal itu terlalu subjektif buat sesorang.. RM850 pon jika gambar yang dirakamkan semuanya KAKU.. boleh juga disifatkan sebagai MAHAL. tetapi ia subjektif.. dan terlalu banyak persoalan yang boleh dilontarkan. Pastinya segala-galanya mengikut selera dan Budget klien.

Jika anda ingin menempah jurugambar perkahwinan, semak dahulu gambar-gambar yang telah dirakamnya. Tanya pada diri sendiri, apakah yang anda cari untuk gambar perkahwinan anda. Jika anda bertanya, saya sedia membantu..

Hadzley Harith
019-4651199 / 019-3378020 (Talian khas buat pelanggan dari KL & Selangor)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net